Kita memang mengetahui amalan nilai kebersihan masih belum menjadi
budaya masyarakat Malaysia. Amalan nilai kebersihan ini tidak boleh
diambil mudah kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat
dan negara. Terdapat beberapa cara untuk memupuk amalan nilai
kebersihan.
Keluarga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan kebersihan diri
dan tempat tinggal. Justeru, ibu bapa mesti menerapkan amalan kebersihan
diri sejak anak-anak kecil lagi. Ibu bapa boleh menerapkan amalan
kebersihan tempat tinggal dengan mengadakan aktiviti gotong¬royong
bersama dengan anak-anak. Ibu bapa juga boleh menerapkan amalan menjaga
kebersihan alam sekitar dengan tidak membuat pembakaran terbuka dan
tidak membuang sampah merata¬rata tempat.
Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan
nilai kebersihan. Justeru, anggota masyarakat mestilah menjaga
kebersihan tempat tinggal dan tempat-tempat awam. Anggota masyarakat
juga hendaklah menjauhl tabiat merokok kerana tablat merokok boleh
mencemarkan udara dan mengotorkan tempat awam. Pemimpin masyarakat pula,
perlu menegur sikap negatif yang berlaku dalam masyarakat seperti
membuang sampah ke dalam sungai atau membuat pembakaran sampah secara
terbuka.
Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan nilai
kebersihan. Oleh itu, guru-guru mestilah menasihati para pelajar agar
menjaga kebersihan kelas dan kebersihan persekitaran sekolah. Selain
itu, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan kebersihan kelas setiap
minggu dan kelas yang paling kotor hendaklah didenda. Pihak sekolah
juga boleh mengadakan kempen kebersihan bagi memberikan kesedaran kepada
pelajar tentang kepentingan amalan nilai kebersihan.
Di samping itu, media massa juga boleh memainkan peranan dalam memupuk
amalan nilai kebersihan. Contohnya, media massa seperti televisyen boleh
memaparkan iklan tentang kepentingan menjaga kebersihan diri dan alam
sekitar. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan
mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan seharian. Televisyen juga
boleh menyiarkan pemandangan tempat-tempat yang bersih dan memberikan
penghargaan kepada pihak yang menjaga kebersihan dan keindahan tempat
tersebut.
Dalam memupuk amalan nilai kebersihan, pihak kerajaan juga boleh
memainkan peranan. Contohnya, pihak kerajaan boleh memainkan peranan
dengan melaksanakan kempen amalan kebersihan melalui stesen televisyen
dan radio. Pihak kerajaan juga boleh memberi nasihat dan amaran kepada
kilang-kilang agar menjaga kebersihan alam sekitar. Pihak kerajaan juga
hendaklah mendenda pihak yang telah mengotorkan alam sekitar sehingga
menyebabkan alam sekitar menjadi tercemar.
No comments:
Post a Comment